Saturday, 12 March 2011

Petua Untuk Si Gadis

8 Petua Gadis Sunti (Petua Melayu Lama)





Dalam masyarakat tradisi melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. 
Ini merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1Bangkit bersambut


Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkanlah kaki dan bangun tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibujari kaki dengan dua tangan.

2Wajah bersuci


Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elekkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci muka atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang (wuduk), usahlah dikesat air itu, biarkan is kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.

3Menyegarkan payudara

Apabila mandi, terutama di awal pagi, cucurkan air paip ke atas kedua-dua belahpayudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4Harum semerbak


Mewangi amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5Lubang jarum


Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak membuang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot duburseolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan amalan setiap hari.

6Suara perindu


Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan lepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7Mengurut pangkal bunting padi

Biasakan mengurut dipangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8Payudara montok


Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Begitulah petua-petua tradisi melayu lama yang boleh anda amalkan. Semoga dengan amalan petua-petua ini kehidupan anda akan lebih bahagia dengan izinNya, insyallah.

“ JANGANLAH SEORANG PERAWAN ITU MENIARAP, KERNA PERBUATAN ITU BAKAL MENGENDURKAN PAYUDARA”

No comments:

Post a Comment